Ini Soalan Utama Yang Anda Tak Boleh Tanya Dalam Sesi InterviewTak tanya sebarang soalan masa interview adalah petanda buruk bagi majikan. Tapi, jika tanya soalan yang salah juga boleh rosakkan peluang anda sepenuhnya!Berhati-hati dengan soalan yang boleh tunjukkan anda tak buat kajian yang mencukupi atau anda hanya berminat dengan apa yang syarikat boleh beri kepada anda.Di bawah adalah beberapa soalan yang anda perlu elak jika tak mahu ditolak mentah-mentah oleh majikan:1. “Ada tak peluang untuk saya berpindah ke jabatan lain nanti?”Jika anda tanya soalan ini, anda seolah-olah memberitahu majikan “Saya tak begitu berminat dengan jawatan ini.” Anda mungkin fikir soalan ini menunjukkan anda sebagai seorang yang serba boleh. Tapi, bila anda memohon sesuatu jawatan, anda diharapkan untuk memberi komitmen sepenuhnya jika anda diambil bekerja.Sebaliknya, ada tanya soalan ini: “Apa peluang kenaikan pangkat seterusnya untuk jawatan ini, dan bagaimana pula dengan career path?”Soalan ini adalah contoh soalan interview kerja yang menunjukkan bahawa anda komited untuk berkembang maju dengan syarikat dan berfikir tentang matlamat kerjaya jangka panjang anda. Ia mencerminkan cita-cita dan dedikasi anda terhadap jawatan yang anda mohon. Dengan merangka soalan dengan cara ini, anda boleh mengelakkan bertanya soalan yang salah semasa interview yang mungkin membuatkan anda kelihatan tak berminat atau tak bersedia.2. “Apa yang membezakan syarikat anda dengan pesaing?”Majikan mungkin bertanya kepada anda “apa yang membezakan anda dengan calon lain” tetapi ini bukan masanya untuk bertanya sebegitu kepada majikan. Ini adalah salah satu soalan yang tak patut ditanya dalam interview kerana apabila anda memohon untuk syarikat, anda diharapkan telah membuat kajian tentang apa yang membezakan produk dan perkhidmatan mereka daripada pesaing. Bertanya soalan ini hanya akan menunjukkan anda seorang yang tidak berpengetahuan (walaupun anda tidak begitu).Elakkan bertanya soalan ini dan sebaliknya lakukan kajian mendalam tentang syarikat serta pesaing sebelum sesi interview. Ini akan membantu anda bersedia untuk cabaran industri dan menunjukkan minat anda dengan bertanya soalan yang boleh ditanya kepada penemuduga semasa interview mengenai apa yang mereka lakukan.3. “Boleh bagi saya feedback bagaimana prestasi saya untuk interview ini?”Anda perlu mengelakkan bertanya soalan ini semasa interview kerja walaupun niat anda sebenarnya mungkin untuk menunjukkan diri sebagai seseorang yang terbuka kepada menerima feedback. Bertanya soalan ini meletakkan penemuduga dalam situasi yang janggal. Mereka mungkin menganggap anda mencari pengesahan. Anda perlu faham bahawa majikan perlu melakukan perbincangan bersama pihak atasan dan mengambil masa untuk menapis calon-calon interview sebelum membuat keputusan pengambilan pekerja.Sebaliknya, tanya soalan ini: “Apakah ciri-ciri calon yang sesuai untuk jawatan ini?”Soalan ini adalah contoh soalan interview untuk majikan yang membolehkan mereka menerangkan ciri-ciri pekerja yang mereka cari. Anda boleh mengambil peluang ini untuk mengaitkan kualiti yang disebut dengan kekuatan dan kelayakan anda. Ini dapat mengukuhkan kerelevanan anda untuk jawatan tersebut.Ingatlah bahawa masa adalah penting untuk soalan ini! Kami menasihatkan anda agar bertanyakan soalan keemasan ini pada penghujung interview. Bertanya soalan ini pada peringkat awal akan terlihat seperti anda meminta jawapan secara tidak langsung.Soalan Lain Yang Perlu Dielakkan Dalam Sesi Interview Antara soalan-soalan lain yang tidak perlu ditanya semasa temuduga tersebut ialah:1. “Bolehkah saya bekerja dari rumah?”Walaupun kerja jarak jauh semakin banyak ditawarkan, anda perlu mengelakkan bertanya soalan ini terlalu awal dalam interview. Ini kerana, ia menunjukkan kepada majikan bahawa anda mengutamakan keselesaan diri anda berbanding tanggungjawab kepada syarikat. Ini boleh dilihat sebagai tanda kelemahan, terutamanya jika syarikat mementingkan kerjasama dalam pasukan dan kehadiran di pejabat.Sebaliknya, fokus kepada memahami budaya syarikat, persekitaran kerja, dan target dalam kerjaya terlebih dahulu. Anda boleh membawa topik kerja jarak jauh setelah anda memahami dengan jelas tentang operasi syarikat dan selepas anda menunjukkan kelayakan dan komitmen anda terhadap jawatan tersebut.Sebagai contoh soalan masa interview yang anda boleh guna, “Saya perasan bahawa beberapa syarikat mempunyai aturan kerja yang fleksibel. Boleh saya tahu dengan lebih lanjut tentang cara pasukan anda bekerja dan sama ada terdapat peluang untuk kerja secara jarak jauh?” Pendekatan ini lebih bijak dan menunjukkan bahawa anda berminat untuk memahami gaya kerja syarikat, secara tidak langsung anda bertanya tentang fleksibiliti.2. “Berapa gaji untuk jawatan ini?”Membincangkan gaji terlalu awal boleh membuatkan anda kelihatan lebih mementingkan bayaran daripada jawatan itu sendiri atau bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat. Walaupun gaji adalah aspek penting dalam mana-mana pekerjaan, membincangkannya terlalu awal dalam proses interview boleh memberi gambaran bahawa anda lebih berpaksikan wang semata-mata berbanding peluang untuk bekerja dengan syarikat dan berkembang secara profesional.Sebaliknya, satu tips interview yang baik di Malaysia adalah untuk fokus menunjukkan kemahiran, pengalaman, dan semangat anda terhadap jawatan tersebut. Tunjukkan bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat dan mengapa anda adalah calon terbaik untuk jawatan tersebut. Apabila majikan membawa topik gaji, yang biasanya berlaku dalam peringkat pemilihan setelah sesi interview atau setelah tawaran dibuat, anda boleh membincangkan jangkaan gaji anda.3. “Apakah faedah yang ditawarkan?”Ini adalah satu lagi soalan yang perlu dielakkan kerana ia membuatkan anda kelihatan hanya berminat dengan apa yang anda boleh dapat, tapi bukan apa yang anda boleh sumbangkan. Walaupun memahami pakej faedah adalah penting, namun fokus kepada perkara itu terlalu awal boleh memberi gambaran bahawa anda lebih mementingkan manfaat peribadi.Majikan mahu melihat bahawa anda berminat dengan jawatan tersebut dan misi syarikat. Jika anda bertanya tentang faedah terlalu awal, anda berisiko kelihatan seolah-olah kemahuan anda untuk jawatan itu didorong oleh faedah daripada peluang untuk berkembang dan menyumbang dalam syarikat.Sebaliknya, tunggu sehingga peringkat selepas proses interview atau sehingga majikan bertanyakan tentang topik tersebut. Ini biasanya berlaku semasa peringkat akhir interview atau apabila membincangkan tawaran pekerjaan. Itulah masa yang sesuai untuk bertanya tentang pakej faedah.4. “Berapa banyak cuti yang saya dapat?”Soalan ini mungkin menunjukkan kepada majikan bahawa anda sudah merancang ketidakhadiran anda sebelum mendapatkan pekerjaan, yang boleh dilihat sebagai kekurangan komitmen atau semangat terhadap jawatan tersebut.Walaupun penting untuk memahami polisi cuti syarikat, adalah lebih baik menunggu sehingga peringkat kemudian proses interview atau sehingga anda menerima tawaran pekerjaan untuk membincangkan butiran tersebut. Pada masa itu, adalah sesuai untuk menjelaskan polisi cuti bersama terma pekerjaan lain.Jangan tanya soalan ini semasa interview pertama kecuali jika ia dibangkitkan oleh majikan terlebih dahulu. Walaupun kami faham anda mahukan pampasan yang adil, memulakan topik ini terlalu awal mungkin memberi tanggapan buruk terhadap anda.Untuk memberi tanggapan yang baik, penting untuk anda tunjukkan nilai yang boleh anda bawa kepada syarikat supaya mereka akan mempertimbangkan anda untuk jawatan tersebut. Butiran pekerjaan boleh dibincangkan selepas anda berjaya ke peringkat seterusnya dalam proses interview.Majikan biasanya akan membawa butiran pekerjaan pada interview peringkat akhir atau dalam bentuk tulisan apabila mereka mengeluarkan surat tawaran. Selagi anda belum menandatangani surat tersebut, anda masih boleh mencuba untuk merundingkan terma dengan majikan.Jika anda ingin belajar cara untuk berunding tentang gaji anda, kami ada panduan dalam artikel ini!